Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Ribuan sambut Datuk Peter Anthony di Tenom

Petanda baik parti baharu dapat sambutan hangat

0

Oleh DG HENRY

Rakyat tangisi kehadiran Datuk Peter. – Foto: BARRY DPA

RIBUAN rakyat membanjiri Dewan Seri Antenom  sekalipun pra-pelancaran parti baharu yang diasaskan oleh bekas Naib Parti Warisan Datuk Peter Anthony yang dijadualkan pada Jumaat (28 Jan 2022) tidak diadakan.

“Satu petanda yang sangat baik,” pandangan rata-rata penduduk yang hanya mengikuti ucapan Peter di luar dewan yang sangat sesak.

Datuk Peter (tengah) menunjukkan ‘lima jari’ sebagai ‘tanda pengenalan’ parti baharu pimpinannya – Foto: BARRY DPA

Peter yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melalap berkata dalam ucapannya, pendaftaran parti baharu tersebut sebenarnya sudah diluluskan namun, ia memerlukan sedikit pindaan kerana melibatkan penjenamaan semula parti sedia ada.

“Pindaan daripada aspek teknikal di peringkat Pendaftar Pertubuhan (RoS) perlu dilakukan dan ia mengambil sedikit masa,” Katanya.

Peter memberitahu, majlis pelancaran akan diadakan dalam tempoh 14 hari setelah segala proses selesai.

“Selepas mendapat jawapan balas daripada RoS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan)  Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) terlebih dahulu sebelum mengadakan sesi jelajah di seluruh Sabah,”.

“Nama parti saya akan umumkan dalam masa terdekat. Apa yang pasti, parti ini adalah parti berbilang kaum yang boleh dianggotai oleh semua bangsa dan kaum,”.

“Saya telah putuskan dan mudah-mudahan dalam masa terdekat ini kita akan muktamadkan sebelum kita mengadakan siri jelajah di seluruh bahagian,” Katanya.

Majlis itu dihadiri lebih 2000 orang menurut sumber berkuaasa tempatan.

Pada Jumaat, genap sebulan Peter meninggalkan parti Warisan dan beliau sekali lagi menegaskan keputusan itu diambil kerana tindakan Warisan melebarkan sayap parti ke Semenanjung Malaysia dan tersasar daripada slogan .Sabah for Sabahan.

Peter berkata, parti berbilang kaum yang beliau asaskan  mesra  kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajij Noor.

Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah itu mengumumkan keluar daripada Warisan pada 28 Disember tahun lalu dan sejak itu kekal sebagai ADUN Bebas sebelum menubuhkan parti baharu.

ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim bersama Peter di majlis itu dan turut menzahirkan sokongan kuat kepada Peter untuk menubuhkan parti baharu itu.

 

 

 1,295 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.