Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Warisan Pensiangan lumpuh, Timbalan KB dan Pejuang hadapan  keluar parti

0

Oleh DG HENRY

MARTIN TOMMY

WARISAN kehilangan orang kuatnya di Pensiangan selepasTimbalan Ketua Bahagian parti itu Martin Tommy  mengumumkan keluar parti itu dengan serta merta.

 “Hari ini 26 Januari 2022 dengan secara rasminya keluar dari parti Warisan Sabah,” Katanya kepada The Borneo Digest di Majlis Keluar Parti Warisan di sini, lewat petang pada Rabu.

 Martin berkata, tindakan keluar daripada parti pimpinan Datuk Seri Shafie Afdal itu turut disertai oleh hampir kesemua pejuang hadapan parti itu di kawasan Pensiangan.

Martin (tengah) bersama bekas pejuang hadapan parti Warisan menzahirkan sokongan penuh kepada Datuk Peter Anthony

 “Kami meninggalkan Warisan tanpa paksaan, ikhlas dan suka rela,” Jelasnya dan memberitahu, beliau bersama seluruh ketua-ketua masyarakat dan bekas pejuang hadapan parti Warisan Pensiangan sebulat suara untuk mengalihkan sokongan kepada sebuah parti baharu yang diterajui oleh Datuk Peter Anthony.

 “Kami sebulat suara menyokong penuh kepimpinan DPA (Datuk Peter Anthony) dan tindakan DPA keluar daripada parti Warisan dan menubuhkan parti baharu KDM berasaskan berbilang kaum,” Tambahnya.

 Pada jumaat ini (28 Januari 2022) Peter yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melalap akan melancarkan parti baharu yang beliau asaskan di Dewan Antanom, Tenom.

 Jemputan kepada petugas media mengenai pelancaran parti baharu yang dinamakan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) akan bermula jam 4 petang waktu Malaysia yang dijangka akan disaksikan ribuan rakyat di daerah Pahlawan Antenom itu.

 “Saya optimis seluruh KDM (Kadazandusun dan Murut) menyokong tindakan kami untuk keluar parti warisan dan penubuhan parti baharu yang diasaskan oleh DPA,”.

 “.. Dan saya juga yakin ramai yang masih di luar sana mengikuti jejak kami,”

 “Akan lebih banyak penyokong Warisan akan beralih parti dan dan menyokong sepenuhnya kepimpinan  Yang Berhormat Datuk Peter Anthony,”.

 “Saya boleh jangkakan bahawa selepas sahaja jelajah yang akan dipimpin oleh DPA sokongan terhadap parti KDM ini diluar jangkaan,” Jelasnya secara berasingan kepada The Borneo Digest di Sodomon Transpegalan.

 Menjawab satu soalan, Martin memberitahu pendaftaran parti yang diasaskan oleh Datuk Peter Anthony telah pun diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS).

 Mengenai kedudukan Bahagian Parti Warisan Pensiangan, Martin yang merupakan pengamal undang-undang yang aktif memberi reaksi bahawa bahagian itu masih wujud tetapi sebahagian besar pemimpinnya bersikap ‘tunggu dan lihat’.

 “Saya percaya bahawa selepas sahaja pelancaran pada Jumaat, mereka (Pimpinan Bahagian Warisan Pensiangan) akan mengalih sokongan kepada parti baharu ini,”.

 “Saya yakin bahawa majoriti besar penyokong-penyokong Warisan akan menyertai parti pimpinan Datuk Peter Anthony,”.

 “..Ini disebabkan rata-rata penyokong parti Warisan Tidak bersetuju tndakan melebarkan  ke Semenanjung Malaysia,”.

 “..Ini lah sebab paling besar kenapa sokongan rakyat terhadap parti Warisan roboh dan menyokong tindakan Datuk Peter Anthony,” Katanya. 

 

 

 

 793 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.