Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

RM2 juta untuk Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi

0

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyediakan RM2 juta untuk Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi yang terjejas akibat bencana alam.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyampaikan replika cek bernilai RM2 juta kepada Ketua Pegawai Eksekutif SKM Rusli Jaafar mewakili Gerakan Koperasi, pada majlis ringkas di KUSKOP, di sini, heri ini.

Ewon berkata, tabung ini adalah untuk membantu koperasi yang terjejas akibat bencana alam termasuk banjir, ribut, kilat, tanah runtuh dan pokok tumbang.

Tabung ini adalah untuk membantu koperasi yang terjejas akibat bencana alam termasuklah banjir, ribut, kilat, tanah runtuh, pokok tumbang dan bencana alam lain.

“Bantuan kecemasan itu meliputi sebahagian kos pembaikan kerosakan premis, asset, produk koperasi dengan jumlah maksimum RM30 ribu kepada koperasi yang layak.

“Saya berharap ia dapat membantu membangunkan semula aktiviti ekonomi koperasi yang terjejas,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Ewon berkata, bantuan itu membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap Gerakan Koperasi di seluruh negara.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.