Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Rumah atas air di Bokara Sandakan roboh

0

REHAT petang sekeluarga di perkampungan atas air Bokara di Sandakan, Sabah terganggu selepas rumah kediaman mereka tiba-tiba roboh menyembah air laut.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengesahkan kejadian itu berlaku kira-kira jam 2.30 petang pada Jumaat.

Tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan, tetapi rumah jenis Program Perumahan Rakyat (PPR) yang berkeluasan 20 X 0 kaki itu mengalami kerosakan teruk.

Pusat Gerakan Operasi Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata jabatan mereka mendapat panggilan kecemasan berkenaan pada pukul 3.04 petang.

Seramai lima orang pelbagai pangkat  yang diketuai oleh PBK 1 KUP Burhanudin Kadir digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 8 Km untuk operasi menyelamat.

Kerja-kerja mencari dan menyelamat tamat pada pukul 4.10 petang

 

 1,736 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.