Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Sabah catat 818 kes positif harian sepanjang minggu ini – Masidi

0

MENTERI Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Sabah mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 818 pada sepanjang minggu ini.

Katanya, sembilan daerah mencatat kes baharu melebihi 35 seperti Papar (37), Tuaran (44), Beluran (44), Tawau (55), Sipitang (57), Beaufort (66), Keningau (69), Penampang (77) dan Kota Kinabalu (167).

“Penyumbang utama kes berjumlah 364 kes adalah daripada saringan kontak rapat, diikuti tambahan kes dari kluster sedia ada dengan 148 kes.

“Sarıngan bersasar 104 kes dengan daerah Kunak mencatatkan jumlah tertinggi saringan bersasar iaitu 23 kes. Manakala sarıngan bergejala menyumbang 103 kes,” katanya.

Beliau berkata, terdapat enam kluster baharu direkodkan iaitu, Kluster Gipan Kolombong Kota Kinabalu (tempat kerja), Kluster Tinabau Kinabatangan (tempat kerja), Kluster Sogo-Sogo Tongod (komuniti), Kluster Jalan Tungku Lahad Datu (komuniti), Kluster Simpang 3 Ranau (tempat kerja) dan Kluster Gerbang Kauran Keningau (komuniti/aktiviti keagamaan).

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.