STARSABAH tetap teguh bersama dengan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah dibawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hj Hajiji Hj. Noor.
Naib Presiden parti itu Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, Pembentukan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu adalah hasil kesepekatan parti parti yang bergabung dalam gabungan itu.
Robert berkata, apa yang sedang berlaku tentang kemulut politik di periingkat Persekutuan, tidak menjejaskan hubungan STARSABAH dengan Kerajaan GRS, selaras dengan kenyataan yang di buat oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hj Hajiji Hj Noor, mereka akan terus dengan ikatan yang telah di materi bersama GRS.
Beliau meminta rakyat Sabah agar tidak mendengar khabar angin yang tular di media sosial yang dilakukan oleh kalangan yang tidak bertanggungjawab yang berniat jahat terhadap kerajaan GRS.
“Kerajaan GRS tidak sama sekali tergugat dengan situasi politik yang berlaku di periingkat Persekutuan,”.
“STARSABAH terus bersama dengan kerajaan GRS untuk komited memberi tumpuan sepenuhnya kepada rakyat bagi menyelesaikan masalah pandemik Covid19 yang sedang melanda di negeri ini,”.
“Ini adalah keutamaan kerajaan Sabah dan bukan asyik membuang masa berpolitik sepanjang masa,” Katanya dalam satu kenyataan.
Robert yang merupakan Wakil Rakyat Bingkor menekankan, rakyat pada ketika ini amat terkesan dengan pandemik Covid19 yang mana perlu diambil berat Dan tindakan oleh kerajaan.