Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Kes harian Covid-19 di Malaysia cecah 20 ribu kes

Turut mencatatkan jumlah kes yang tinggi adalah Sabah (1,062)

0

KES harian Covid-19 di Malaysia mencatatkan rekod baharu apabila 20,596 kes dilaporkan berbanding 19,819 kes pada Rabu, peningkatan harian melebihi 20 ribu kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah terbesar jangkitan Covid-19 dikesan di Selangor dengan 8,549 kes diikuti Kuala Lumpur (2,163 kes), Kedah (1,446 kes) dan Johor (1,300 kes).

Turut mencatatkan jumlah kes yang tinggi adalah Sabah (1,062) dan Pulau Pinang (1,022). Selain itu Perak (916), Sarawak (759), Kelantan (772), Melaka (622), Terengganu (501).

Pecahan kes mengikut negeri:
Selangor – 8,549
WPKL – 2,163
Johor – 1,300
Sabah – 1,062
Sarawak – 759
Negeri Sembilan – 98
Kedah – 1,44
Pulau Pinang – 1,022
Kelantan – 772
Perak – 916
Melaka – 622
Pahang – 426
Terengganu – 501
WP Labuan – 15
WP Putrajaya – 50
Perlis – 4

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.