Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Sambutan Aidiladha tidak dibenarkan di Sabah – Masidi

0

AKTIVITI rumah terbuka, jamuan, kunjung-mengunjung dan ziarah tanah perkuburan tidak dibenarkan di Sabah sewaktu sambutan Aidiladha bagi membendung peningkatan kes Covid-19.

Hari Raya Aidiladha disambut diseluruh negara hari ini (Selasa).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, bilangan jemaah masjid dan surau bagi Solat Sunat Aidiladha dikurangkan kepada satu pertiga ruang solat atau maksimum 30 jemaah atau yang mana lebih rendah.

“Bilangan pengendali sembelihan korban adalah dikurangkan kepada 15 orang sahaja dan semua aktiviti perayaan Aidiladha di lokaliti PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat) adalah tidak dibenarkan,” menurutnya dalam kenyataan pada Sabtu malam.

 265 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.