Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Sambutan Krismas Sabah Tonjol Tadbir Urus Inklusif & Sokongan Kepelbagaian Agama, Selaras Sabah First

0

KOTA KINABALU, 15 Dis 2025 – Kerajaan Negeri Sabah menganjurkan Sambutan Krismas Peringkat Negeri buat julung kali, bermula 16 ( hari ini) hingga 19 Disember 2025 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, menekankan pendekatan tadbir urus inklusif dan sokongan Kerajaan terhadap kepelbagaian agama di negeri itu.

Datuk Ewon Benedick, Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, berkata sambutan yang sebelum ini dikendalikan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bersama Sabah Council of Churches (SCC) kini dinaikkan ke peringkat negeri sebagai simbol keterbukaan dan keharmonian kaum serta agama.

Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, manakala penutupan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

Tema tahun ini, “Pengharapan Damai Dalam Kasih” (Hope For Peace In Love), menekankan nilai perpaduan, keharmonian, dan saling menghormati antara rakyat berbilang kaum dan agama, selaras dengan wawasan Sabah First.

Selain pengisian pentas yang meriah, sambutan turut menampilkan Jamuan Rakyat dengan penglibatan 100 usahawan tempatan, memperkukuh sokongan Kerajaan terhadap perusahaan mikro dan kecil.

Datuk Ewon menjemput seluruh rakyat Sabah hadir, memberi makna dan nilai kepada sambutan ini. Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui media sosial rasmi Datuk Ewon, Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, DBKK, dan Jabatan Penerangan Negeri Sabah.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.