Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Saya akan bekerja keras untuk rakyat — Datuk Robert

0
Datuk Robert mendengar taklimat mengenai perjalanan Pos Kawalan PKPD Kg. Skim Pamalan daripada kakitangan KKM

PEMBANTU Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, beliau akan menyampaikan amanah rakyat dengan bersungguh sekalipun situasi ekonomi sepanjang pandemik Covid-19 tidak menentu.

Menyampaikan bantuan makanan dan air minuman terawat kepada anggota keselamatan

“Saya akan berusaha ,” Katanya dalam satu kenyataan ketika ditemui selepas menyantuni petugas Barisan Hadapan Perintah Pergerakan Diperketat (PKPD) Kg. Skim Pamapan di Keningau, lewat petang pada Isnin.

Robert tiba di pos kawalan itu dalam keadaan hujan lebat dan menyampaikan bantuan makanan dan kotak minuman terawatt kepada anggota petugas di situ.

Kg. Skim Pamalan diistiharkan kawasan PKPD sejak 22 Jun lalu hingga 5 Julai depan.

Ketika di situ, Robert diberi taklimat mengenai perjalanan kawalan dan situasi penduduk oleh petugas KKM dan pasukan keselamatan.

Beliau menasihatkan kepada semua yang terlibat supaya bersabar sepanjang menjalankan tugas, selain mengambil langkah berjaga-jaga.

Dalam satu majlis yang berasingan Pembantu Menteri itu meluangkan masa  untuk  menyampaikan sebanyak lima bakul makanan kepada petugas media (The Borneo Digest) yang juga sebahagian petugas barisan hadapan.

Terdahulu pada 24 lalu, Robert yang merupakan Wakil Rakyat Bingkor telah mengagihkan bakul makanan kepada seramai 3,755 Ketua Isi Rumah (KIR) B40 dan e-kasih.

 

 

 524 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.