Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Datuk Robert sokong penuh pendekatan Ketua Menteri Sabah

0

PARTI Solidariti Tanah Airku (SabahStar) menyokong penuh pendekatan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor untuk melaksanakan Pelan Pemulihan Negara Fasa 1 Negeri Sabah yang bermula pada 26 Jun 2021 yang mengekalkan sebahagian besar  Standard Operasi Prosedur (SOP) Negeri Sabah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Naib Presiden 1 parti itu Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, tindakan ketua menteri itu sangat wajar dan seharusnya diterima oleh semua pihak.

Katanya, kes jangkitan oandemik COVID-19 di negeri Sabah berada diparas terkawal, justeru saranan ketua menteri itu sewajarnya mendapat sokongan.

“Sabah jauh daripada kategori negeri yang mencatatkan kadar jangkitan tinggi,” Jelasnya dalam satu kenyataan di sini, hari ini (Rabu – 30 Jun 2021, Malaysia).

Robert yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingkor berkata, syor Ketua Menteri Sabah yang membenarkan sektor ekonomi dan perniagaan terpilih untuk beroperasi sangat tepat.

“Yang penting di sini ialah pematuhan SOP .. mereka boleh beroperasi semula (sektor ekonomi dan perniagaan terpilih),” .

“.. Dengan kebenaran terpimpin ini akan mengurangkan tekanan dan bebanan kewangan yang dihadapi oleh peniaga sepanjang tempoh perlksanaan PKP 3.0 yang begitu lama, ”Tambahnya.

Beliau sependapat  dengan Ketua Menteri Sabah bahawa rakyat telah memberikan komitmen yang sangat tinggi untuk memerangi COVID-19 yang meletakkan negeri di bawah bayu ini (Sabah) mencapai kadar dan kes jangkitan pandemik itu di paras yang boleh dikawal.

“Dapatan ini adalah kerja keras berasama yang bukan sahaja melibatkan petugas barisan hadapan, tetapi sehingga ke akar umbi,” Terangnya dan menambah, Standard Operasi Prosedur  (SOP) yang lebih flexsibel wajar bagi  negeri yang mencapai kadar dan kes jangkitan.

Katanya, beliau percaya bahawa keputusan ketua menteri itu mengambil kira  bahawa Sabah mempunyai halatuju tersendiri dengan berpandukan aspirasi rakyat, khususnya membabitkan kebajikan dan kelangsungan hidup.

“Ini membuktikan Ketua Menteri Sabah mempunyai ketegasan tersendiri,” Tegasnya.

Robert bagaimanapun menambah bahawa kelonggaran yang diputuskan oleh ketua menteri itu perlu dipantau dan jika penambahan angka melebihi 200, kerajaan mempunyai kaedah bijak untuk pencegahan termasuk memperketatkan semula kebenaran operasi sektor ekonomi dan perniagaan.

Beliau juga brsetuju dengan saranan ketua menteri Sabah itu bahawa menangani Covid-19 adalah tanggungjawab semua pihak termasuk pemimpin blok pembangkang.

 1,136 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.