Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Saya sentiasa bersama rakyat – Flovia

0

KESIBUKAN bukan penghalang  berkhidmat untuk rakyat, itu lah paanduan Wakil Rakyat Tulid Datuk Flovia Ng, ketika memberitahu media mengenai jadual kerjanya sebagai Adun dan juga Pembantu Menteri.

“Apa yang penting ialah kebijaksanaan mengunapakai sumber sedia ada serta  jentera selain kreatif mengurus masa,” jelasnya.

Pemaju Mukim Lanas Ilik Ukim mewakili Adu Tulid menyampaikan sumbangan kepada rakyat

Di Kg. Panagatan Ulu pada Rabu, Wakil Rakyat itu menyampaikan sumbangan kepada Jemaah Masjid Al-Munawwarah untuk kegunaan majlis berbuka puasa pada Sabtu ini.

Sumbangan disampaikan oleh Pemaju Kemajuan Masyarakat Tulid Sylvester Jaimis bagi pihak pemimpin itu.

Di Kg. Panagatan Ulu CDO Tulid Sylvester Jaimis menyampaikan sumbangan berbuka puasa bagi pihak Adun Tulid,

Di Mukim Lanas, Wakil Rakyat itu menyampaikan sumbangan kewangan bagi membantu meringankan perbelanjaan perubatan kepada Puan Suijilah Binti Jika di Kg. Lanas Station.

Flovia turut menyampaikan sumbangan kewangan untuk majlis perayaan Paska Gereja RC Kg. Seselongan kepada Puan Anisah Garuntok.

Wakil Rakyat itu turut menyampaikan sumbangan kewangan kepada Puan Moreen Marcus untuk kegunaan pendawaian elektrik rumahnya.

Pemaju Mukim Lanas Ilik Ukim mewakili Flovia untuk menyerahkan sumbangan-sumbangan tersebut.

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.