Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Semangat Perpaduan dan Rakan Kongsi Intipati perundingan penubuhan Malaysia — DO Keningau

0

eksklusif

Pegawai Daerah Keningau Walter Kenson (empat kiri) mengabadikan gambar kenangan bersama pegawai-pegawai Majlis Daerah Keningau (MDK)

PEGAWAI Daerah Keningau Walter Kenson menzahirkan keyakinan jitunya dengan berkata, semangat perpaduan dan rakan kongsi adalah intipati perundingan penubuhan Malaysia.

Bercakap kepada The Borneo Digest selepas menyamiakan ucapan penutupan Program Konvoi Perarakan Kenderaan Majlis Daerah Keningau (MDK) sempena Hari Malaysia 2021 di perkarangan Batu Sumpah Keningau pada Rabu, Walter berkata, sejarah penting itu perlu diingati oleh seluruh rakyat Sabah khususnya di kawasan pedalaman.

“Ini lah semangat dan nilai yang diperjuangkan oleh pemimpin kita yang terdahulu,”.

“Mari kita perkasakan semangat ini dengan menjadikan perpaduan dan kerjasama dalam kepelbagaian kaum, agama dan budaya sebagai kekuatan untuk mengharungi pelbagai cabaran ketika seluruh dunia sedang bertarung dengan pandemik Covid-19,”.

“Mari kita perkuatkan toleransi yang sedia terjalin kerana nilai ini merupakan kekuatan rakyat Sabah untuk maju ke hadapan,” katanya.

Walter berkata, asimilasi kaum dan perpaduan kaum yang sangat teguh bagi rakyat di Sabah telah diiktiraf sebagai contoh terbaik di Malaysia.

“Nilai-nilai terbaik yang ada pada kaum di Sabah tidak ada di negeri-negeri lain di Malaysia,” jelasnya dan menambah, rakyat Sabah sangat beruntung kerana hidup dalam sebuah negeri yang aman, harmoni dan muhibbah.

Mengulas mengenai perarakan itu, Walter memberitahu, pendekatan program anjuram Majlis Daerah Keningau (MDK) itu menjurus kepada menghidupkan suasana sambutan Hari Malaysia ketika negara ini sedang bertarung dengan pandemik Covid-19;

“Perarakan konvoi kenderaan Maljlis Daerah Keningau (MDK), Polid Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Penerangan yang bermula dari perkarangan MDK mengelilingi bandar Keningau sambil mengibarkan jalur gemilang dan bendera Sabah sambil memainkan lagu-lagu patriotic dan kemerdekaan Malaysia,”.

“Messej yang disampaikan ialah kita dapat meraikan sambutan Hari Malaysia bersama penduduk Keningau untuk memperingati sejaah pembentukan Malaysia,”.

“Konvoi yang berakhir di Tugu Batu Sumpah Keningau berjalan lancar dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19,” katanya.

Menyentuh mengenai pemilihan Batu Sumpah Keningau sebagai destinasi terakhir konvoi, Walter berkata monumen itu sinonim dengan sejarah pemebentukan Malaysia.

“Batu Sumpah Keningau sangat penting bagi masyarakat pedalaman Sabah kerana di situ lah tersurat tiga syarat yang termaktub dalam pembentukan Maaysia,”.

“Pertama, Agama Bebas Dalam Sabah, Kedua, Tanah-Tanah Dalam Sabah Dikuasai Oleh Kerajaan Sabah, dan Ketiga, Adat Istiadat Anak Negeri Sabah Dihormati dan Dipelihara Oleh Kerajaan,” katanya.

Batu Sumpah Keningau diistiadatkan oleh Menteri Pekerajaan Persekutuan Malaysia V. Manickavasagam pada 31 Ogos 1964 di perkarangan Pejabat Daerah Lama Keningau dan disaksikan oleh para pegawai negeri Sabah serta Ketua-Ketua Masyarakat Sabah, termasuk Ketua Menteri Tun Fuad Stehens yang mewakili Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu, G. S. Sundang, Ketua Polis Keningau Ajamain bin Duraman dan ketua-ketua adat yang lain.

Ritual moningolig disusuli dengan korban haiwan yang disempurnakan oleh Bobolian dilakukan mengikut adat kepercayaan Orang Dusun bagi mengikat janji sumpah.

Petikan plak yang disemat di Batu Sumpah Keningau ditulis dalam Bahasa Melayu dengan gaya ejaan lama (Sebelum ejaan baru 1972). Teksnya ada seperti berikut.

Batu Sumpah Peringatan Mengikut Parlambaga’an

  1. Ugama Bebas Dalam Sabah
  2. Tanah2 Dalam Sabah Di-Kuasa Oleh Kerajaan Sabah
  3. Adat Istiadat Anak Rayat Sabah Di-hormatkan dan Di-pelihara Oleh Kerajaan

Sebalek Pula Rayat2 Sabah di Interior Bersumpah Ta’at Setia Kapada Kerajaan Malaysia. – Oleh: DG HENRY dan EKOK AMIN.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.