Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

TPM dan KM Sabah umum jawatankuasa siasat IC palsu

0

 

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman pada Khamis, mengeluarkan kenyataan bersama bagi penubuhan Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan bagi menjalankan siasatan terhadap kumpulan yang terlibat dengan sindiket pengeluaran kad pengenalan palsu di Sabah.

Intipati kenyataan itu menyebut bahawa kerajaan memandang serius berhubung kes pengeluaran dan pengedaran kad pengenalan palsu yang masih dilakukan oleh sindiket.

“Fokus ialah mengenalpasti dalang sebenar sindiket dan ia memerlukan siasatan secara menyeluruh, sehingga individu yang terlibat dikenkan tindakan undang-undang,” jelas kenyataan itu, dan menambah kes seperti yang berlaku di Sandakan dan Tawau Sabah baru-baru ini ada kaitan.

Pengumuman jawatankuasa itu dibuat sempena mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS-Induk) yang berlangsung di Putrajaya pada Khamis (9 Mac 2017).

Kenyataan itu menyebut, walaupun dokumen yang dikeluarkan tidak ‘sah’ kerana tidak akan wujud dalam sistem dan rekod pendaftaran Negara, tetapi tindakan lebih holistik dan agresif perlu dilakukan.
“Ini bukan sahaja melibatkan penipuan kepada penerima tetapi turut menjejaskan nama baik kerajaan,” jelas kenyataan itu, dan menegaskan bahawa kerajaan turut memberi focus mengenai permasalahan kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) khususnya di perairan negeri.

Kenyataan itu menekankan faktor keselamatan dan kepentingan umum perlu diutamakan, justeru kerajaan telah mengambil inisiatif dengan meningkatkan kawalan pintu masuk di Sabah.

Penekanan juga kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bahawa agensi kerajaan itu telah mengambil tindakan proaktif, seperti pengambilan maklumat biometric bagi setiap warga asing yang masuk dan keluar dari negeri  bayu itu, selain pemasangan alat sistem pengecaman imej di setiap pintu masuk di Sabah.

Berdasarkan rekod Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah, jumlah keseluruhan PATI di Sabah yang telah diusir sejak tahun 1990 sehingga 3 Mac tahun ini berjumlah 553,692 orang.

Berkuatkuasa 1 Febuari 2017 menurut kenyataan itu, kerajaan memutuskan aktiviti pemindahan ( ke kapal ) dibuka semula bagi membantu meningkatkan kembali kegiatan ekonomi di negeri itu.
Ini termasuk melibatkan aktiviti perdagangan biasa iaitu import dan eksport barangan sahaja tidak termasuk perdagangan petroleum, tetapi masih mengekalkan larangan pengantungan aktiviti perdagangan tukar barang (barter trade).

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.