Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Suaikenal kerajaan, agensi dan swasta penting – Robert

0

PEMBANTU Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, amalan bersuaikenal antara kerajaan dengan agensinya sangat penting dlam usaha memupuk kerjasama untuk membangunkan negeri Sabah.

“Ia membolehkan pihak kerajaan dan agensinya berkerjasama dalam membangunkan negeri ini,” Katanya dan menambah, sektor swasta juga dilibatkan dalam hal yang sama.

Robert yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor dalam kawasan Parlimen Keningau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat daripada Telekom Malaysia Cawangan Sabah di Pejabatnya di sini.

Rombongan itu diketuai oleh Penolong Pengurus Besar Regulatory And Engagement, Arif Bin Lakura.

Turut serta Penolong Pengurus Besar Regulatory And Engagement, Jamil Jamal, Penolong Pengurus Besar Network, Tadad Tasir dan Penolong Pengurus Regulatory And Engagement, Angeline Kwan.

 381 total views,  4 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.