Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Sungai Kebatasan Pitas naik paras bahaya

0

KOTA KINABALU: (Sabah, Malaysia): Kesemua mangsa banjir di daerah Pitas Sabah ditempatkan di tiga pusat pemindahan bencana – Dewan Terbuka Kampung Bilangau Besar, Sekolah Kebangsaan Rukum dan SK Pekan Pitas.

Kol Mulliadi Al Hamdi Ladin memberitahu, seramai 281 mangsa daripada 67 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan berkenaan.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) itu berkata, 16 buah kampong di daerah itu masih terjejas.

Sungai Kebatasan naik 5.98 meter menunjukkan bacaan paras bahaya, sementara Sungai Bengkoka naik ke paras amaran 3.91 meter.

Sembilam batang jalanraya berisiko banjir masih digenangi air dan tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

Jalanraya tersebut ialah jalan utama Kampung Salimpodon, Kampung Indah, Kampung Kusilad, Kampung Pandan Mendamai, Kampung Layang Kinabongan, Kampong Sosop, Kampung Boribi Kinabongan, Kapung Pondoi dan Kampung Kibuluh.

Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Sabah telah menutup bekalan elektrik di beberapa buah kampong yang terlibat dengan banjir di Pitas, ekoran pencawang bekelan tenaga di kawasaan terbabit ditengelami air.

Penutupan bekalan dibuat bermula jam 5 subuh pada Khamis melibatkan 500 lebih pengguna di 18 buah kampong di daerah berkenaan.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengurus Besar Komunikasi Korporat SESB lewat hari ini menjelaskan, bekalan elektrik mula dipulihkan di kampong-kampung berkenaan mulai jam 4 petng pada khamis secara berperingkat.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.