Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Banjir: 10 sekolah tutup di Pitas Sabah

0

PITAS (Sabah, Malaysia): Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Maimunah Suhaibul mengesahkan bahawa 10 buah sekolah di daerah Pitas ditutup pada hari Khamis ekoran dilanda banjir.

Katanya laluan ke sekolah berkenaan sukar dilalui kerana dinaiki banjir, melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Pandan Mandamai, Sosop, Pinggan- Pinggan, Mandurian, Pinapak, Nibang, Rukom, Kinabungan, Kusilad, SMK Kinabungan dan SK Kusilad yang kesemuanya membabitkan 2,599 murid serta 280 orang tenaga pengajar terjejas.

Sebuah sekolah yang lain dijadikan pusat pemindahan dan terpaksa ditutup, katanya dan memberitahu, jika keadaan mengizinkan sekolah-sekolah berkenaan akan dibuka seperti biasa pada esok (Jumaat).

 

 322 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.