Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

TEKUN Nasional kembang Cawangan di Kimanis

0
EWON

MEMBAKUT (Sabah): Tekun Nasional mengembangkan cawangannya di Kimanis, apa yang Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick sifatkan sebagai inisiatif penambahbaikan dalam penyampaian perkhidmatan Kerajaan Madani melalui agensi kementeriannya.

Ewon optimis pembukaan pejabat itu akan membantu membangunkan lebih ramai usahawan berjaya di Mambakut dan Kimanis.

Pejabat cawangan baharu agensi itu terletak terletak di Tingkat 1, Lot 18, Block C, Membakut Jaya.

Berucap di majlis perasmian, Menteri itu berkata, semua perkara besar bermula daripada pekara kecil, seperti juga dengan pembukaan Pejabat Tekun Cawangan Kimanis.

“Saya pasti pembukaan pejabat baru ini akan memudahkan semua usahawan dan merancakkan lagi aktiviti ekonomi di sini.” Jelasnya dan menambah, TEKUN Nasional akan terus cemerlang dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat terutama usahawan informal dan mikro.

Wakil Rakyat Parlimen Penampang itu berkata, di bawah Dasar Pandang Ke Timur Dalam Negara KUSKOP, beliau beriltizam untuk memberikan fokus tambahan kepada Sabah dan Sarawak dalam gerakan pembangunan keusahawanan,  koperasi serta pendidikan.

Justeru itu katanya, pembukaan pejabat agensi-agensi KUSKOP di Sabah adalah antara inisiatif untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat Malaysia di wilayah Borneo.

“Pembukaan cawangan ini juga lahir daripada permintaan pemimpin-pemimpin tempatan Membakut, iaitu Datuk Mohamad Alamin selaku Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Dr Haji Mohd Arifin Hj Mohd Arif selaku ADUN Membakut dan Rowindy Lawrence selaku Ahli Lembaga Amanah TEKUN Nasional.

“Kebersamaan dan kerjasama kesemua pimpinan bersama rakyat pastinya akan membawa berkat kepada negara, negeri dan daerah yang diwakili seperti yang diserlahkan pada hari ini,” katanya di sini, Sabtu.

Beliau yakin TEKUN Nasional akan terus meningkatkan capaian perkhidmatan kepada usahawan-usahawan di seluruh negara melalui perkhidmatan cawangan seperti ini.

Ewon berkata, bagi tujuan penambahbaikan pekhidmatan, TEKUN Nasional telah mengambil inisiatif dengan membuka Pejabat Kimanis yang terdahulu digabung bersama Beaufort.

“Mulai hari ini penduduk Kimanis boleh membuat pembiayaan di Pejabat ini tanpa perlu ke Beaufort lagi.

“Harapan saya, dengan pembukaan Pejabat Kimanis ini , lebih ramai usahawan akan dapat menerima manfaat dan TEKUN dapat mempertingkatkan usaha membantu lebih ramai usahawan di kawasan ini bagi meningkatkan taraf hidup yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata, sejak ditubuhkan pada tahun 1998 sehinga Januari 2025 TEKUN Nasional telah menyalurkan RM 1.164 billion kepada 65,349 usahawan Negeri Sabah.

“Manakala bagi Parlimen Kimanis TEKUN Nasional telah menyalurkan RM10.9 juta kepada 1,010 usahawan TEKUN bagi tempoh yang sama.

“Setakat Februari tahun ini (2025) sebanyak RM7.4 juta telah disalurkan kepada 412 usahawan TEKUN Negeri Sabah dan untuk Parlimen Kimanis TEKUN Nasional menyalurkan RM190 ribu kepada 14 usahawan TEKUN bagi tempoh yang sama,” katanya.

Pada majlis itu, Ewon turut menyampaikan cek-cek pembiayaan kepada usahawan-usahawan di daerah Membakut. Semoga terus berjaya dan menjadi inspirasi.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud, Ahli Parlimen Kimanis yang juga Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Mohamad Alamin, Pengerusi Tekun Nasional Dato’ Abdullah Sani Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional Dato’ Adam Abd.Ghani dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut Datuk Haji Mohd Ariffin Mohd Arif.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.