Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Pelajar Asia E University (AEU) anjur program Teduhan Kasih

0

TAMBUNAN (Sabah, Malaysia): Seramai tujuh orang melibatkan tiga pelajar Asia E University (AEU) Sabah iaitu Eyvonna Chin Fui Yee dan empat sukarelawan mengadakan program Khidmat Masyarakat ke Rumah Kanak-Kanak Bondulu Tambunan baru-baru ini.

Program sehari itu dipimpin oleh Eyvonna Chin Fui Yee sebagai pengerusi penganjur yang turut dibantu oleh Wong Tze Ning dan Wong Shek Ting.

Empat sukarelawan terdiri daripada Wong Shek Li, Cherly Wee, Darren Junior Patrick dan Julius Paulus.

Eyvonna dalam satu kenyataan memberitahu, program bersama 78 penghuni rumah itu diadakan pada 9 November lalu.

Katanya, fokus utama program itu ialah untuk membantu kanak-kanak serba kekurangan yang memerlukan bantuan daripada orang ramai khususnya barangan keperluan asas seperti pakaian, kasut, makanan yang merupakan keperluan asas bagi kanak-kanak di situ.

“Kami berintraksi dengan kanak-kanak istimewa di rumah itu selain dibawa melawat persekitaran tempat tinggal mereka,” Katanya.

Eyvonna memberitahu, kanak-kanak yang berumur diantara 14 tahun hingga 17 tahun itu memiliki bakat yang tinggi, boleh bertutur dalam bahasa Cina serta memiliki kebolehan berkomunikasi dengan baik.

“Sepanjang di situ kami menitipkan kepada mereka beberapa perkataan mudah dalam Bahasa Cina seperti ucapan ‘Terima Kasih’, ‘Sama-Sama’, ‘Selamat Pagi’ dan lain-lain,”

“Kami sangat teruja dengan kebolehan kanak-kanak di situ,” katanya, dan menambah kehadiran mereka ke rumah itu disambut mesra oleh seluruh warga rumah kanak-kanak itu.

Rumah Kanak-kanak Bondulu yang yang ditubuhkan pada tahun 11 November 1938 kini menampung seramai 78 kanak-kanak yang berumur 6 hingga 18 tahun untuk memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang berasal dari keluarga kurang berkemampuan, anak yatim dan menempatkan murid yang rumah terletak jauh dari sekolah.

Eyvonna berkata dapatan program itu memberi kesederan tinggi betapa pentingnya kasih sayang kepada golongan yang memerlukan bantuan.

Katanya, melalui program itu memberi peluang kepada mereka untuk menunaikan tanggungjawab serta mencurahkan bakti kepada golongan yang memerlukan bantuan serta memberi kesedaran kepada orang ramai akan kepentingan membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada penderma yang turut membantu  menjayakan program itu.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.