Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Polis tidak sewenang pereksa talifon orang awam tanpa sebab

0

KENINGAU (Sabah, Malaysia): Polis tidak sewenang-wenangnya memeriksa telefon bimbit orang awam tanpa sebab.

Pesuruhjaya Polis Sabah Dato’ Omar Mamah berkata, polis hanya boleh memereksa telefon bimbit individu yang dilaporkan ada kaitan dengan jenayah.

Pesuruhjaya Polis Sabah Dato’ Omar Mamah

“Amalan ini kita sudah lama lakukan apabila kita terima ada individu yang terlibat jenayah dan mana-mana individu yang mencurigakan kita boleh rampas dan periksa telefon bimbit mereka” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman yang mengatakan polis boleh memeriksa telefon bimbit orang awam.

Omar ditemui selepas merasmikan Kempen Kesedaran Jenayah Seksual PDRM Sabah di Dewan Tan Sri Suffian Koroh Institusi Pendidikan Guru (IPG) Kampus Keningau baru-baru ini.

Beliau berkata, isu ini telah menimbulkan pelbagai rekreasi daripada masyarakat khususnya di negeri Sabah.

Justeru itu katanya, orang awam tidak perlu bimbang dalam hal ini kerana polis tidak berbuat demikian jika tidak ada laporan salah laku mana-mana individu seperti terlibat jenayah dan sebagainya.

Dalam masa yang sama Pesuruhjaya Polis Sabah itu turut menegaskan bahawa, polis juga akan membuat pemeriksaan telefon bimbit mana-mana individu yang menggunakan telefon bimbit yang digunakan untuk kegiatan judi haram.

“Pada masa ini kegiatan judi haram dalam talian di mana telefon bimbit juga boleh diakseskan untuk kegiatan judi haram, jika pihak polis mendapat laporan. Polis tidak teragak-agak membuat pemeriksaan telefon bimbit individu terbabit” jelasnya.

Menyentuh tentang jenayah seksual yang turut membabitkan remaja bawah umur, Omar berkata, ia mencatat peningkatan kepada 374 kes tahun ini berbanding 302 tahun lalu.

“Kita memandang serius perkara ini, oleh sebab itulah kita mengadakan pelbagai kempen kesedaran termasuk Kempen Kesedaran Jenayah Seksual PDRM Sabah” katanya.

Ini katanya, bertujuan memberi kesedaran kepada semua lapisan masyarakat bukan sahaja warga Institusi Pengajian Tinggi, Sekolah-Sekolah tetapi juga pemimpin-pemimpin masyarakat termasuk pemimpin-pemimpin badan-badan keagamaan.

Dalam pada itu katanya, PDRM juga turut memberi penekanan kepada pencegahan kegiatan jenayah terutama jenayah penagihan dan pengedaran dadah yang bukan sahaja berleluasa di kawasan bandar tetapi juga di kawasan kampung.

Beliau berkata, berkaitan dengan ini PDRM telah meletakkan lima kampung “hotspot” ((kawasan panas)sebagai tumpuan pencegahan bagi satu Ibu Polis Daerah (IPD).

Katanya, pencegahan kegiatan jenayah penting terutama di kalangan remaja kerana mereka adalah bakal pelapis kepimpinan negara pada masa akan datang.

Menurut beliau jika remaja yang bakal menjadi pemimpin sudah rosak akhlak bagaimana mereka menjadi pemimpin yang berintegriti dan berwibawa pada masa akan datang.

“Ternyata cara ini telah berhasil dan berjaya menurunkan jenayah secara keseluruhannya. Terus terang saya kata bahawa keberhasilan ini adalah atas kerjasama pemimpin-pemimpin masyarakat dan orang awam” jelasnya.

Hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ)IPK Sabah Senior Asisten Komisioner (SAC)Jauteh Dikun, Pegawai-Pegawai Daerah Pedalaman Atas, wakil Pegawai-Pegawai Pendidikan Pedalaman Atas, Pegawai-Pegawai Kanan Polis, pemimpin-pemimpin masyarakat dan pemimpin agama.

 421 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.