Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

UNESCO istihar 350,584 hakter Rizab Biosfera

0

TENOM (Sabah, Malaysia) – United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) telah mengistiharkan kawasan Seluas 350,584 hakter di Sabah yang merangkumi Taman Banjaran Crocker, Hutan Simpan Crocker Range, Hutan Simpan Refflesia dan Hutan Simpan Kawang sebagai tapak Rizab Biosfera, kata Pengarah Taman-Taman Sabah Dr. Makalarin Lakim.

DR. MAKALARIN LAKIM

Katanya, kawasan itu meliputi Banjaran Crocker yang melibatkan Sembilan buah kawasan pentadbiran Kota Kinabalu, Penampang, Papar, Beaufort, Tuaran, Keningau, Tambunan dan Tenom.

Rizab Biosfera merupakan kawasan geografi daratan yang boleh meliputi sehingga ke pesisir pantai,  yang diurus melalui pendekatan pembangunan mapan dan lestari.

“Pengurusan lestari menggalakkan pemuliharaan dan pembangunan tanpa memberi impak negative kepada pemuliharaan biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem alam semulajadi,”

“Kaedah ini menjurus kepada sumber kepelbagaian biologi dan bekalan air bersih yang datang dari alam semulajadi yang sihat,” katanya ketika menyampaikan taklimat di Majlis Program Jelajah (Roadshow) Taklimat Dan Pameran Rizab Biosfera Banjaran Crocker di sini, pada Sabtu (7 Mac 2020.

Dr. Makalarin berkata, Taman-Taman Sabah telah diamanahkan oleh kerajaan negeri sebagai agensi / penaraju atau lead agency dalam pemeliharaan dan pemuliharaan Rizab Biosfera Banjaran Crocker.

Katanya, bagi memastikan rizab tersebut terpelihara dan dipulihara maka semua agensi kerajaan yang disokong oleh komuniti setempat perlu berganding bahu untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Untuk rekod, setakat ini terdapat 686 rizab biosfera yang berada di 122 negara di serata dunia, sementara di Malaysia hanya terdapat dua tapak rizab seumpama itu seperti Rizab Biosfera Tasik Chini, Pahang dan Rizab Biosfera Banjaran Crocker Sabah.

 3,682 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.