Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Upko diterima pelbagai lapisan rakyat di Kota Marudu

0

KOTA MARUDU (Sabah, Malaysia): Satu kegembiraan bagi Ketua Bahagian UPKO Kota Marudu apabila menerima permohonan keahlian daripada ramai lapisan rakyat di kawasan itu, dan yang terbaharu Matubin Bin OT KK Maisin bersama isteri dan anaknya.

Matubin hadir ke Pejabat UPKO pada Jumaat ini atas urusan berkaitan pendidikan anaknya yang akan melanjutkan pelajaran ke Kuala Lumpur.

Menurut Matubin, beliau pernah menjadi ahli UPKO sebelum ini tapi akibat berlakunya pergolakan politik pada tahun 2008, beliau telah mengambil keputusan untuk menyertai parti lain bersama beberapa pemimpin UPKO pada masa itu.

Pada masa kini beliau melihat misi dan visi UPKO amat jelas dalam memperjuangkan kebajikan dan keperluan asas masyarakat setempat.

Matubin juga merasa amat yakin dengan kepimpinan baru jawatankuasa bahagian UPKO Kota Marudu.

Ketua Bahagian Kota Marudu Jamil Mojungki, bersama dengan barisan kepimpinan Bahagian, akan berusaha sebaik mungkin untuk kongsikan aspirasi Presiden UPKO Malaysia Datuk Ewon Benedick  bagi meyakinkan rakyat setempat agar terus mempunyai keyakinan bahawa parti UPKO kekal relevan dalam memperjuangkan hak-hak orang Sabah.

 273 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.