Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Gaza: Lebih 1,300 bangunan musnah dalam serangan Israel

0

GAZA CITY: Lebih 1,300 bangunan di Semenanjung Gaza musnah dalam serangan udara Israel.

Data itu didedahkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas hampir seminggu Gaza berdepan serangan udara sengit oleh tentera Israel.

Menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA), sebanyak 5,540 unit rumah terletak di bangunan itu musnah.

Jelasnya, kira-kira 3,750 lagi rumah rosak teruk sehingga tidak lagi dapat didiami oleh penduduk.

PBB memantau bilangan penduduk yang meninggalkan kediaman mereka di Semenanjung Gaza, dengan lebih 423,000 direkodkan setakat ini.

Terdahulu, Israel mengarahkan lebih 1.1 juta penduduk di utara Gaza segera berpindah ke selatan semenanjung bagi membolehkan serangan darat dilaksanakan.

Sementara itu, OCHA memaklumkan ramai penduduk di Semenanjung Gaza tidak mempunyai akses kepada bekalan air yang bersih. – AGENSI

 

 252 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.