Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

UPKO Libaran garis empat fokus tumpuan mantapkan sokongan rakyat

0

SANDAKAN: Mesyuarat Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Libaran pada Jumaat lalu memutuskan empat ketetapan yang menjadi tumpuan fokus di kawasan Libaran pada tahun 2024.

Ketua Bahagiannya Dr. Peter Jr Naintin memberitahu dalam satu kenyataan, empat fokus tumpuan itu seperti berikut

  • saranan dan cadangan oleh parti UPKO kepada kerajaan negeri Sabah untuk mekanisma pembayaran 40% seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
  • (2) saranan kepimpinan parti UPKO untuk mensyorkan bahawa Pengerusi Penyelaras Pakatan Harapan bagi setiap Parlimen di Sabah adalah berdasarkan kerusi yang telah ditandingi semasa PRU15.
  • (3) cadangan UPKO sebagai parti tempatan yang mampu untuk menjadi Peneraju kepimpinan Pakatan Harapan Sabah.
  • (4) kepimpinan tertinggi parti UPKO untuk menentukan gabungan kerjasama politik dalam menghadapi pilihanraya Negeri menjelang tahun 2025 agar lebih banyak kerusi di DUN Sabah untuk dimenangi.

“Iltizam Upko Libaran ialah untuk memperkukuhkan komitmen untuk memastikan kepercayaan rakyat kepada parti di kawasan Libaran,”

“Upko Libaran optimis untuk mencapai sasaran ini,” Katanya.

Dr. Peter yang merupakan Ketua Penerangan Upko Malaysia berkata, sokongan rakyat terhadap parti itu di Libaran semakin meningkat.

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.