Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Beri peluang Kennedy dan Datuk laurentius calon PRN — Upko

0
CLIVE ILON SIPIN

PARTI Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) menuntut supaya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor dikembalikan kepada parti itu, selain mencadangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan turut diberikan sebagai tambahan kerusi kepada Upko.

“Upko mempunyai potensi besar untuk menang bagi kedua-dua kerusi ini,”  kata Exco Pemuda Upko National Clive Ilon Sipin (gambar).

Bercakap kepada wartawan dalam satu kenyataan di sini, Clive memberitahu bahawa Bingkor merupakan kubu kuat parti Upko.

Ketika parti itu berada dalam kompenan Barisan Nasional (BN) pada Pada pilihan raya umum (PRU) 13, calun BN / Upko Kennedy Jie John @ Kenn memperolehi 4,894, tewas kepada calun parti Star Gapari Bin Kitingan @ Geoffrey Kitingan yang memperolehi 5,350 dengan kelebihan 456 undi.

DATUK LAURENTIUS NAYAN

Kerusi DUN Bingkor diserahkan kepada Parti Bersatu Sabah (PBS) pada PRU-14 dengan menawarkan persefahaman kerusi diantara DUN Kedamaian.

Calun PBS/BN Peter Jino Allion yang disandarkan pada PRU-14 bagi kawasan itu (Bingkor) tetapi  tewas kepada parti Star dan hanya berjaya mengutip 4,387 undi dengan penurunan sokongan sebanyak 507 pengundi.

Melihat kepada sokongan padu Upko di Bingkor, Clive optimis parti itu (Upko) berdayasaing dan menyumbangkan kerusi pada PRN ini.

“Sebab itu Pemuda Upko merayu kepada   pucuk pimpinan supaya kerusi Bingkor dikembalikan kepada Upko yang memiliki sokongan dominan daripada pengundi Kadazandusun dan Murut (KDM).

KENNEDY JIE JOHN

Katanya, Upko mempunyai asas yang kuat untuk menuntut kawasan itu dengan melihat sejarah bahawa penubuhan awal parti itu bermula di Bingkor, yakni ketika pengabungan Parti UNKO dengan Pasok Momogun.

“Upko mempunyai asas yang kuat untuk menuntut kerusi Bingkor,” katanya dan memberitahu, parti itu mempunyai rekod cemerlang sepanjang tempoh bertapak di kawasan itu (Bingkor).

Sementara itu Clive yang merupakan Ketua Pemuda Upko Keningau mahu pucuk pimpinan supaya memberikan kerusi tambahan itu, iaitu DUN Tambunan kepada parti itu.

Katanya, Upko telah memainkan peranan besar dalam membantu perkembangan sosial sejak parti itu digerakkan dengan lebih aktif sejak tahun 2000.

“Sebab itu saya mencadangkan kepada pucuk pimpinan calun popular di kawasan itu ialah Ketua Upko Bahagian Tambunan Datuk Dr. Laurentius Nayan Ambu,” katanya.

Dr. Laurentius merpakan anak kelahiran Lubong Tambunan dan merupakan mantan Pengarah Hidupan Liar Sabah.

 

 

 1,082 total views,  3 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.