WARTAWAN disegani Mohamad Khairy Abdullah antara tujuh calon yang berentap di Dewan Undangan Negeri (DUN) N 44 Tulid pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 ini.
Calon-calon yang bertanding di kawasan yang mempunyai seramai 8910 pengundi itu terdiri daripada Mohamad Khairy Abdullah (USNO), Mudi Dubing (Warisan), Matusin Bowie (BN), Flovia Ng (Pakatan Nasional), Matusin Timan (PCS) dan Suman Yasambun (PBS).
Khairy yang dikenali sebagai Anim dikalangan penduduk Transpegalan merupakan seorang etnik Dusun dan anak jati yang banyak berjasa di kawasan itu sejak sekian lamanya.
Sarjana komunikasi dan sains politik itu juga merupakan Presiden Persatuan Pekebun-Pekenun Kecil Pedalaman Sabah dan seorang pakar runding penanaman durian komersil.
Khairy juga merupakan seorang pensyarah di Open Universiti Malaysia (OUM) serta beberapa institusi pengajian tinggi di Malaysia.
Ketika ditemui selepas pencalonan yang berlangsung di Institut Perguruan Malaysia (IPGM) Kampus Keningau, Khairy berkata, hasratnya untuk bertanding pada pilihan raya ini ialah untuk membantu dan memajukan masyarakat di DUN Tulid.
“Pemikiran dan budaya politik Kadazandusun dan Murut (KDM) perlu dijana semula supaya lebih berdaya saing,”
“Saya akan didik mereka supaya mengurus masa depan mereka dan bukan sepanjang masa diurus dengan tidak ada kesudahan berpuluh tahun,” katanya.
Khairy berkata, beliau mempunyai acuan yang terbaik untuk pengundi-pengundi di kawasan Tulis.
“Banyak perkara yang diabaikan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu yang menyaksikan rakyat Tulid sekadar tukang angguk”, katanya.