PEMBANTU Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Robert Tawik @ Nordin menasihatkan penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir agar berpindah di kawasan yang selamat.
Katanya, persediaan lebih awal adalah langkah yang bijak pada ketika cuaca yang tidak menentu sedang berlaku di kawasan pedalaman Sabah.
“Jangan tunggu sehingga keadaan tidak terkawal,” Katanya kepada media selepas menyertai operasi memujuk penduduk di sekitar Kg. Gasabon yang terjejas banjir dan enggan berpindah di kawasan selamat.
Sebuah bot milik APM membawa Robert yang pertama seumpamanya dilakukan oleh seorang wakil rakyat untuk memujuk penduduk yang dinaiki banjir agar berpindah ke kawasan yang selamat.
Operasi itu dikendalikan oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang turut disertai oleh pegawai kanan agensi kerajaan negeri serta pihak berkuasa kampung yang terlibat.