KESEMUA 70 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Keningau yang bertugas di barisan hadapan bebas Covid-19, kata Pegawai Rela Daerah Keningau Helmi Hj. Juran.
“Sehingga kini keadaan mereka selamat .. tidak ada jangkitan Covid-19,” Katanya kepada The Borneo Digest selepas menyempurnakan program Ops Bantu Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Kg. Bingkor Lama di sini pada Khamis.
Seramai 22 keluarga di lima buah kampung – Kg. Bingkor, Tagai, Gasabon, Ambual dan Seberang yang dikenalpasti terjejas dengan pandemic Covid-19 menerima bantuan itu.
Helmi berkata, jabatannya berusaha sungguh untuk membantu keluarga yang terjejas dengan pandemik itu.– Oleh: EKOK AMIN