
USAHA mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa dikhuatiri lemas di Sungai Padas, Kampung Kalandos, Pangi, pada Rabu lalu, mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, Datuk Peter Anthony.
Peter dan anggota sukarelawannya turun padang pada hari pertama sehingga kini membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa yang masih belum ditemui.
Pada Khamiskumpulan Adun Melalap itu berjaya menemui seorang mangsa 33km dari lokasi kejadian, iaitu seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Melvin Junaidi.
Menerusi video berdurasi 53 saat yang dimuat naik di laman Facebook peribadinya memaklumkan bahawa usaha SAR mangsa, Joseph Sayah, 55, diteruskan pada semalam (Jumaat).
The Borneo Digest mengikuti perkembangan semasa operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa yang belum ditemui. – Oleh: EKOK AMIN
468 total views, 2 views today