Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Wakil Rakyat Tulid Hadir Mesyuarat Kajian Naik Taraf Sook

0

KENINGAU (Sabah, Malaysia): Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tulid Datuk Flovia Ng menghadiri mesyuarat pembentangan fasa akhir kajian menaik taraf Daerah Kecil Sook di Pejabat Majlis Daerah Keningau pada Isnin.

Turut hadir Wakil Rakyat Sook Datuk Elron Angin dan Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Kajian naif taraf ke daerah penuh itu dibentangkan oleh Institut Kajian Pembangunan Sabah, yang memaklumkan daerah kecil itu melepasi syarat kelayakan untuk diwartakan sebagai daerah penuh.

“Saya sangat gembira dengan khabar baik ini dan mengharapkan ia dilaksanakan dengan segera,” reaksi Wakil Rakyat Tulid itu, dan menambah pewartaan itu kelak akan merancakkan pembangunan di situ.

Turut hadir Frederick Toyong mewakili Datuk Annuar Ayub (Adun Liawan), PPM Tulid Casmir Silip, PPM Sook Tony Talasoi serta agensi-agensi kerajaan yang terlibat.

Sementara itu di Lanas Station Wakil Rakyat Tulid menyerahkan sumbangan ehsan kepada Terry Diris untuk meringankan bebanan sepanjang menjalani pembedahan dibahagian mata sebelah kiri yang cedera ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di kebun.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Kesejahteraan Kampung (JPKK) Kg. Lanas Station Peter Laap mewakili Flovia untuk menyampaikan sumbangan itu kepada KK Diris Dawa, ayah kepada Terry.

 244 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.