Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Ahli antropologi Jerman kaji sejarah kuntilanak

0

JAKARTA: Seorang ahli antropologi dari Jerman melakukan kajian terperinci mengenai sejarah kuntilanak di Indonesia termasuk mendedahkan kaitannya dengan bandar Pontianak di Kalimantan Barat.

Kertas kerja penyelidikan berjudul `Kuntilanak: Naratif Hantu dan Kemodenan Melayu di Pontianak, Indonesia’ yang disediakan oleh Timo Duile diterbitkan dalam Jurnal Kemanusiaan dan Sains Sosial Asia Tenggara pada tahun 2020.

Lapor Detik.com, menurut Timo, penduduk di Pontianak, Kalimantan Barat mendakwa bandar itu dinamakan sempena kejayaan menghalau kuntilanak.

Nama Pontianak berasal daripada perkataan Melayu pohon tinggi yang bermaksud pokok tinggi.

Ia menggambarkan keadaan bandar Pontianak yang ketika itu merupakan hutan paya yang tebal.

Justeru, wujudnya naratif yang menjelaskan bahawa kuntilanak sering dikaitkan dengan pokok-pokok tinggi di kampung Kalimantan Barat.

“Artikel ini membincangkan mengenai kuntilanak, sejenis hantu yang bukan sahaja menjadi kepercayaan penduduk di alam Melayu tetapi memainkan peranan penting bagi bandar Pontianak sebagai pengusiran roh yang menakutkan,” jelas Timo.

Sementara itu, Timo berpandangan kuntilanak bukan hanya menjadi budaya di Indonesia, malah turut dikenali di beberapa negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Brunei, bahagian selatan Filipina dan Thailand.

Jelasnya, gambaran kuntilanak di setiap negara adalah berbeza seperti di Malaysia dan Singapura, ia dikenali sebagai pontianak iaitu wanita yang dahagakan darah dan suka kepada ibu mengandung.

Malah, penduduk tempatan percaya kuntilanak mengancam nyawa manusia dan dikatakan biasa tinggal di bawah pokok-poko besar atau di hutan.

 598 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.