Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Wakil Rakyat Tulid turun padang selami nadi rakyat

0

Oleh DG HENRY

PENDEKATAN turun padang untuk menyelami nadi rakyat di lapangan menjadi teras Wakil Rakyat Tulid Flovia Ng mendapat pujian segenap rakyat di kawasan pedalaman.

Flovia bertanya sesuatu kepada Dinily mengenai keadaan kesihatannya

Gerak kerjanya yang bersahaja dan tidak terikat dengan protokol memberi kejutan kepada rakyat.

“.. Pemimpin tidak pernah bercuti .. mendampingi rakyat tanpa mengitung waktu,” begitu reaksi rata-rata rakyat di kawasan Tulid.

Selasa lalu, Flovia yang merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat Dan kesejahteraan Rakyat Sabah menziarahai Danilly Peter, seorang pemuda di Kg. Panagatan Ulu yang menghadapi kesukaran bergerak selepas menjalani amputasi (amputation) kaki sebelah kanan dan memerlukan alat bantu pergerakan.

Wakil Rakyat Tulid Flovia Ng menyampaikan simbolik bantuan atap zink kepada keluaga Kissol Majimbun di Kg. Panui

Empati dengan kesangsaraan Diailly, Flovia menitipkan sumbangan tunai selain mengiktiarkan prosthetic (kaki palsu) kepada anak muda itu.

“Saya menyelami kesukarannya,” Flovia memberitahu The Borneo Digest di Keningau pada Khamis.

Di hari yang sama Wakil Rakyat Tulid yang dikenali sebagai seorang pemimpin ramah itu menyampaikan sumbangan atap berupa zink kepada keluarga Kissol Majimbun di Kg. Panui dalam zon Tranpegalan Tulid.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tulid, Casmir Silip, Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Sylvester Jaimis dan  Pemaju Mukim Seberang Rainis Girang mengiringi Flovia dalam lawatan kerja itu.

Pembawaan Flovia yang tidak mengenal waktu untuk membantu rakyat memberi nilai tambah kepada wanita besi itu.

Mesej yang ingin  wakil rakyat itu sampaikan sangat mudah, sebagai pemimpin beliau perlu memahami denyut nadi rakyat, dan ternyata mesej tersirat yang ingin beliau sampaikan itu diterima majoriti rakyat.

“Kami berbangga mempunyai seorang pemimpin seperti beliau (Flovia),” pandangan rata-rata rakyat di Tulid.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.