KESIBUKAN rutin tidak menghalang Wakil Rakyat Tulid Flovia Ng untuk terus membantu rakyat di bawah jagaannya yang sedang kesusahan, “Saya mengerakkan jentera yang ada dengan semaksimanya sebagai penganti diri,”. Katanya.
Di Kg. Panagatan Ulu, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat Sabah itu, mewakilkan Pegawai Pembangunan Masyarakat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tulid, Sylvester Jaimis menyantuni sambil menyampaikan sumbangan simpati kepada keluarga, arwah Rasin Umporo yang meninggal dunia baru-baru ini.
Sambil mengucapkan Takziah, Flovia menitipkan kata-kata semangat kepada seluruh keluarga arwah dan mahu mereka menerima ketentuan Tuhan.
“Saya sangat bersedih dengan berita ini,” katanya.