Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Wartawan Keningau dapat anugerah polis

0

Oleh ROSANNA EDEZA

Ketua Polis Daerah Keningau SUPT Yampil Anak Garai

KENINGAU (Sabah, Malaysia): Enam daripada seramai 25 orang penerima anugerah sijil penghargaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke 217 Tahun 2024 adalah pengamal media.

Dua Wartawan dari Daily Express terdiri daripada  Mohd Khairy Abdullah dan Marutin Ansiung, seorang daripada Portal Borneo Digest Rosanna Edeza  dan tiga yang lain daripada Radio Televesyen Malaysia.

Sijil-sijil itu disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Keningau, SUPT Yampil Garai dengan disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan polis dalam satu majlis di Dewan Sri Keningau Kompleks Perumahan IPD Keningau.

Bercakap kepada media selepas majlis itu, Yampil memuji dan mengiktiraf peranan dan sumbangan murni wartawan dalam memartabatkan dan mengwujudkan perspektif positif masyarakat terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia .

“Sempena Hari Polis ke-217, saya menganugerahkan Surat Penghargaan ini sebagai pengiktirafan di atas Kerjasama yang anda berikan. Semoga jalinan Kerjasama dan silaturahim ini dikekalkan demi untuk kepentingan tugas pada masa hadapan,” katanya.

Yampil turut merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas komitmen dan Kerjasama padu golongan wartawan di Kawasan pedalaman dalam menjalankan tanggungjawab mendapatkan serta menyalurkan sumber maklumat dan info-info bernas berkaitan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Seramai 19 warga PDRM, empat pegawai kanan, 10 pegawai pangkat rendah dan lima PERKEP turut menerima anugerah yang sama.

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.