Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Curi buah kelapa sawit sumbang jenayah indeks di Keningau

0

Oleh ROSANNA EDEZA

SUP YAMPIL ANAK GARAI

KENINGAU (Sabah, Malaysia): Penjenayah di Keningau tertumpu kepada mencuri buah kelapa sawit sebagai aktiviti terkini, menjadikan kegiatan itu penyumbang terbesar peningkatan jenayah indeks di daerah pedalaman, menurut statistik direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Keningau dari 1 Januari hingga 29 Febuari 2024.

Ketua Polis Keningau Supt Yampil Garai berkata, 12 kes direkodkan dengan daerah Keningau dan Nabawan berkongsi 4 kes, diikuti Sook 3 kes dan Tambunan 1 kes.

Sepanjang tempoh tersebut pecah rumah waktu malam merekodkan 15 kes, curi motosikal 7 kes dan curi kenderaan 1 kes.

Berdasarkan pecahan tersebut daerah Keningau dan Sook menjadi sasaran penjenayah pecah rumah waktu malam, masing-masing 8 kes dan 5 kes di Sook.

Tidak ada kes pecah rumah waktu siang direkodkan di empat daerah, Keningau, Tambunan, Nabawan dan Sook sepanjang 1 Januari hingga 29 Febuari tahun ini, namun indeks jenayah kekerasan seperti rogol direkodkan 3 kes, iaitu 2 kes di Keningau dan 1 kes di Nabawan.

Satu kes bunuh di daerah kecil Sook sementara kes-kes yang dirujuk dibawah Seksyen 324 dan 326 (mencederakan) direkodkan satu juga di Sook.

Garai  berkata, polis Keningau berjaya menyelesaikan 200 peratus kes bunuh pada sepanjang tempoh 1 Januari hingga 24 Mac2024.

Katanya, kes rogol juga berjaya diselesaikan 100 peratus daripada 3 kes sepanjang tempoh 84 hari iaitu daripada 1 Januari hingga 24 Mac 2024.

“Kejayaan menangani jenayah di Keningau adalah hasil daripada jalinan Kerjasama polis dengan orang awam .. . harapan saya ialah jalinan ini diperkasakan dan perlu dipupuk ke arah menjadikan Keningau bebas daripada jenayah.

Menjawab satu soalan, Garai berkata kesemua tangkapan jenayah yang dilakukan didominasi oleh penagih dadah, dan banduan yang baru bebas daripada penjara.

“Polis melakukan ujian air kencig kepada setiap suspek yang berjaya ditangkap … mereka positif dadah .. begitu juga dengan saringan-saringan lain dijalankan dan mendapati mereka adalah bekas banduan,”

“.. Ini lah sebab-sebab utama peningkatan jenayah indeks di daerah Keningau,” katanya dan menasihatkan kepada orang awam di daerah itu agar tidak takut menyalurkan makluman kejadian jenayah di tempat masing-masing bagi memudahkan polis bertindak.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.