Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Wickremesingh dilantik pemangku Presiden Sri Lanka

0

COLOMBO: Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe dilantik sebagai pemangku Presiden negara itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Speaker Parlimen, Mahinda Yapa Abeywardena selepas Presiden Gotabaya Rajapaksa meninggalkan negara.

“Memandangkan Rajapaksa tiada di negara, pemimpin itu memberitahu saya bahawa beliau sudah melantik perdana menteri sebagai pemangku presiden selaras dengan Perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan disiarkan di televisyen.

Keputusan itu dibuat beberapa jam selepas Gotabaya melarikan diri ke Maldives.

Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di kediaman rasmi dan sekretariat presiden dan kini membanjiri kediaman perdana menteri.

Sementara itu, penunjuk perasaan antikerajaan memecah masuk sebuah stesen televisyen utama negara itu.

Rakaman video menunjukkan seorang lelaki tidak dikenali menyerbu ke studio rangkaian Rupavahini ketika program sedang berlangsung.

Malah, lelaki itu turut mengarahkan hanya berita berkaitan protes disiarkan.

Siaran itu kemudian dibatalkan dan digantikan dengan program yang dirakam. – AFP

 

 198 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.