KUCHING (Sarawak, Malaysia): Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan menghadiri dua program pada hari ini (16 April 2016), iaitu Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kg. Entawa Undop Sri Aman, dan satu lagi majlis Sejiwa Senada di Samarahan.
Seramai 50 ketua masyarakat serta pemimpin setempat menyambut ketibaan beliau kira-kira jam 7.45 malam semalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
Pemimpin nombor dua Negara itu dijangka kembali ke ibu Negara lewat petang ini.