KUALA LUMPUR (Malaysia): Pendakwah tersohor Dr. Zahir Naik melakukan kunjungan hormat kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Dr. Zahid Hamidi di pejabatnya pada Jumaat (15 April 2016). Zahid dan Zakir bertukar-tukar fikiran dalam suasana yang cukup mesra, sekaligus menafikan pelbagai andaian bahawa pemimpin nombor dua Negara Malaysia itu menolak kunjungan pendakwah itu. Beliau menulis melalui akaun Facebook mengenai pendakwah terkenal itu sebagai seorang yang bijak dan menafikan ilmuan Islam itu mempromosi keganasan.