
NABAWAN (Sabah, Malaysia) — Lima buah kampung yang dihuni lebih 1000 penduduk di sini merayu kerajaan agar mengatasi masalah beberapa lokasi jalanraya yang sering ditengelami air setiap kali banjir berlaku.
Kampung-kampung yang terlibat ialah Pamuntarian, TIang, Nakuyung, Salarom Baru dan Ulu Mosopoh.

Jurucakap penduduk Mayasin Andawa berkata, masalah ini perlu diatasi segera kerana ramai penduduk yang terkandas dalam perjalanan disebabkan jalan yang dilimpahi air tidak boleh dilalui kenderaan.
Katanya, masalah ini kerap berlaku pada musim hujan dan memakan masa dua hari untuk surut menyebabkan penduduk menghadapi masalah apabila keluar ke Pekan Nabawan.
Turut menghadapi masalah adalah guru-guru yang bertugas di SK Pementerian dan SK Ulu Mosopoh kerana tidak dapat bertugas di sekolah jika banjir.
Ini katanya kerana jalan yang ditenggalami air tidak boleh dilalui kenderaan.
Mayasin turut membuat aduan jalan runtuh jalan Ulu Mosopoh berhampiran Kampung Nakuyung yang belum diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan.
Jelasnya, jalan itu runtuh selepas banjir pada bulan Disember tahun lepas.
Katanya, masalah ini juga perlu diatasi segera kerana jika ia dibairkan ia dikhuatiri akan bertambah teruk dan kemungkinan jalan akan putus.
1,072 total views, 1 views today