Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Lebih banyak loji air dibina di Sabah — Peter

0
Peter menjelaskan sesuatu mengenai loji Telibong 2

KOTA KINABALU (Sabah, Malaysia) – Lebih banyak loji baharu akan dibina dalam usaha menambah baik sistem bekalan air di negeri ini, kata Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony.

Menteri itu berkata bahawa kementeriannya telah mengenal pasti lokasi-lokasi yang sesuai, selain akan menilai kedudukan lokasi tersebut sebelum melaksanakan penambahan loji simpanan air seperti yang ada di loji Telibong 2.

“Sudah tiba masa untuk kita memperbanyakkan takungan air bagi mengelak berlaku sebarang kemungkinan,” katanya dan menambah, di loji Telibong 2 kurang daripada segi catuan air.

Peter menyarankan kepada Jabatan Air Sabah supaya mengandakan kapasiti catuan bagi mengelak kes seperti yang berlaku di Telibong 2 yang mana air mencukupi tetapi simpanan tidak dapat menampung.

Peter berkata bahawa pihaknya akan menukar dan memperbaiki rekaan, peralatan dan tangki air yang sudah uzur bagi memastikan penduduk di setiap daerah mendapat bekalan air bersih yang mencukupi.

Peter menjelaskan bahawa sebaik penambahan loji yang dicadangkan berjaya direalisasikan, kementeriannya akan memperbaharui kaedah yang sedia ada seperti talian 24 jam serta menambah bilangan kakitangan di jabatan itu.

 

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.