Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

3000 jangka hadiri pelancaran parti Usno di Kudat

0
IBRAHIM LINGGAM

KOTA KINABALU (Sabah, Malaysia) – Ketika parti-parti lain di negeri Sabah bergelut dengan pergolakan, Usno yang dihidupkan semula pada 28 Ogos 2013 bangkit dengan wajah baharu dibawah pimpinan anak-anak tempatan negeri di bawah bayu itu.

Presiden parti itu Ibrahim Linggam ketika ditemui selepas mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu pada Ahad memberitahu, Usno akan dilancarkan di Kudat pada Mac depan, sebagai langkah pertama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

“Seramai 3,000 orang penyokong-penyokong Usno di seluruh Sabah akan menghadiri pelancaran besar-besaran itu,” katanya, dan memberitahu bahawa persatuan-persatuan bukan kerajaan (Ngo) diseluruh negeri turut dijemput untuk menyaksikan majlis bersejarah itu.

Usno atau Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu diasaskan oleh Tun Datu Mustapha Datu Harun pada 24  Disember 1961, dan merupakan parti yang memainkan peranan penting dalam mendapatkan kemerdekaan Sabah daripada daripada cengkaman penjajah.

Parti itu dibubarkan pada tahun 1991 untuk memberi lalun kepada Umno  melebarkan sayap ke Sabah.

Usaha menghidupkan semula parti keramat itu dilakukan berdasarkan aspirasi rakyat pelbagai lapisan  yang mahu parti itu kembali berkuasa untuk menerajui negeri Sabah.

Menjawab satu soalan, Ibrahim berkata, jelajah Usno ke seluruh bahagian di negeri ini akan bermula selepas pelancaran parti itu di Kudat.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.