Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Adenan iktiraf peranan golongan muda di Sarawak — Jamawi

0

PETRA JAYA KUCHING (Sarawak, Malaysia) : Umno Malaysia berkata, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem bijak mempersiapkan landasan untuk memastikan prn sarawakpengharapan generasi muda ditunaikan.A IRING

“Adenan melihat potensi generasi muda sebagai pelapis kepimpinan Negara,” katanya kepada Borneo Digest selepas mengiring calon Barisan Nasional DUN N6 Tupong Fazzarudin  Abdul Rahman ke pusat penamaan calon di SMK Petra Jaya  Kuching.

Ketua Penerangan Umno Malaysia itu menekankan, golongan muda di negeri itu, nampak dan merasai akan anjakan perubahan ekonomi hasil dinamisme di bawah pimpinan Adenan.

Katanya, memberi ruang kepada generasi muda untuk memainkan peranan di peringkat pembentuk dasar, satu pengiktirafan besar kepada golongan itu dalam konteks pembangunan dinamik Negara.

Justeru beliau mengajak pengundi muda di Sarawak supaya menjadikan pilihan Raya Ke-11 negeri itu sebagai landasan untuk menterjemahkan peranan mereka kepada negara.

“Saya mahu golongan muda bergerak lebih agresif untuk memastikan BN di Sarawak mencapai kecemerlangan luar biasa,” katanya dan menambah, ini adalah masa bagi pengundi muda untuk mempamirkan sumbangan mereka kepada kerajaan dan negara.B TERUS BERJUAN G

Beliau yang merupakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom Sabah, optimis bahawa pengundi muda di negeri itu memihak kepada BN pada pembuangan undi 7 Mei 2016 depan ini.

Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaludin berada di pusat penamaan calon itu bersama  kira-kira 3,000 penyokong calon BN bagi N 6 Tupong.

PRN – 11 Sarawak 2016 menyaksikan seramai 13 calon muda ditampilkan, membuktikan Adenan mengiktiraf sumbangan golongan itu di sini.

Mengenai calon Tupong – Fazzarudin Abdul Rahman, Jamawi berkata beliau merupakan seorang pemimpin  belia yang aktif dan disegani di negeri kenyalang itu.

“Banyak sumbangannya terhadap pembangunan belia di situ,” jelasnya.

Fazzarudin pada sebelum ini merupakan Setiausaha Politik Menteri Kerja Raya Malaysia, dan merupakan Ketua Penerangan Pemuda PBB.

Anak muda ini dipilih bagi kali pertama bagi menggantikan penyandang kerusi – Datuk Hj. Daud Abd. Rahman yang bersara daripada politik setelah lima penggal mewakili rakyat di kawasan itu. – Oleh: KALAWON SALANGIT (menulis dari bumi Kenyalang).

 

 

 356 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.