Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Pembangkang guna isu penculikan modal politik — Dr. Zahid Hamidi

0

JULAU (Sarawak, Malaysia): — Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan masih meneruskan rundingan dengan pihak berkuasa Filipina dan kumpulan militan terbabit untuk membebaskan empat rakyat Malaysia yang diculik pada 1 April lalu, dan ia tidak sepatutnya dijadikan modal politik pembangkang.prn sarawak

Dengan membidas parti pembangkang sebagai mengambil kesempatan terhadap isu itu, Timbalan Perdana Menteri itu berkata – ‘Ini bukan sesuatu yang sepatutnya dilakukan untuk menambah tekanan emosi keluarga mangsa’.  PRN47_250416_BERSAMA RAKYAT

Zahid berkata bahawa insiden tersebut bukan merupakan bahan politik dan mana-mana parti politik sepatutnya tidak harus mengambil kesempatan daripada isu tersebut.

“Parti pembangkang harus dipertanggungjawabkan jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini berlaku terhadap mangsa,” katanya sambil menambah keluarga mangsa perlu yakin dengan usaha kerajaan untuk membawa pulang mangsa.

Beliau yang merupakan Menteri Dalam Negeri, berkata demikian kepada pengamal media selepas menghadiri program RELA bersama pemimpin di Rumah Panjang Margretta Tujang, Kerangan Buloh, di sini pada Selasa (26 April 2016).

Empat anak kapal warga tempatan diculik sekumpulan lelaki bersenjata ketika kapal tunda – ‘Masfive 6’ yang mereka naiki sedang melalui berhampiran Pulau Ligitan, Semporna pada 1 April lepas, dalam perjalanan pulang ke tanahair selepas selesai membawa kayu balak ke Manila.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, kerajaan melihat penculikan itu sebagai isu yang serius dan sedang berusaha melalui pelbagai saluran untuk membebaskan empat rakyat Malaysia yang terbabit.

Beliau kesal kerana parti pembangkang menggunakan isu itu sebagai survival politik mereka. – Oleh: DG HENRY.

 

 640 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.