Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Pembangkang tidak mampu tubuh kerajaan yang kukuh — Dato’ Seri Najib

0

LUNDU (Sarawak, Malaysia): Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak berkata, kegagalan DAP dan PKR mencapai kesepakatan dalam agihan kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke- 11, membuktikan mereka tidak mampu berpakat untuk prn sarawakberkhidmat kepada rakyat Sarawak.

“Ini petanda bahawa mereka tidak mampu menubuhkan kerajaan yang kukuh,” katanya dan menambah, kemenangan tanpa bertanding Barisan Nasional (BN) di Bukit Sari dan Bukit Kota menjadi bukti persefahaman pembangkang terlalu longgar.IMG-20160425-WA0046

“Ini satu petanda bahawa mereka tidak mampu menubuhkan kerajaan yang boleh membawa keyakinan kepada rakyat Sarawak kerana pada peringkat awal lagi mereka sudah gagal mencapai kesepakatan.

“Oleh itu, pengundi Sarawak tidak harus memberi sokongan kepada pembangkang kerana masa depan Sarawak akan menjurus kepada masa depan yang lebih sejahtera dan lebih makmur sekiranya BN dapat memerintah secara berterusan,” katanya selepas hadir di Pusat Penamaan Calon Tanjung Datu di sini pada Isnin (25 April 2016).

Perdana Menteri itu mahu semua jentera pilihan raya Barisan Nasional di negeri itu supaya bekerja keras bagi memastikan kemenangan besar kepada BN.

“Jangan menggangap kemenangan itu sudah dalam tangan walaupun kita mempunyai tahap keyakinan yang tinggi.

“Kita ingin majoriti lebih bukan sahaja daripada segi bilangan kerusi tetapi merampas balik kerusi dari pembangkang dan juga meningkatkan undi popularti supaya kerajaan BN Sarawak yang dipimpin oleh Adenan (Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem) merupakan kerajaan kuat, kukuh dan mewakili semua kaum secara saksama.

“Ini amat penting kerana kita mempunyai agenda yang besar untuk Sarawak. Kita ingin supaya perpaduan dapat kita pelihara dan perkukuhkan dalam membentuk sebuah kerajaan yang merupakan kesinambungan nanti,” katanya.

Beliau menjelaskan banyak agenda besar akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang di negeri itu.

Katanya, Kerajaan pusat akan memberi kerjasama, sokongan dan juga dana sebanyak mungkin serta termampu supaya impian yang dikongsi bersama Sarawak akan terus maju seiring dengan semenanjung menjadi kenyataan.

Pengerusi Barisan Nasional Malaysia itu berkata,  PRN ke-11 akan menjad pelopor dan memperkukuh keyakinan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Dengan berkata –  “kita tidak akan mengambil mudah”, Najib mahu rakyat supaya memperkasakan perpaduan untuk memastikan BN mencapai kecemerlangan.

Katanya kejayaan BN di Sarawak akan menjadi tali ukur yang sangat penting untuk badan gabungan bagi menetapkan momentum ke arah pilihan raya umum yang akan datang.

Menjawab soalan wartawan mengenai  perancangan Sarawak dalam lima tahun akan datang, Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pelbagai projek gergasi dan ikonik seperti Lebuhraya Pan Borneo, pembinaan jalan-jalan di luar bandar, serta kemudahan internet akan diteruskan.

“Pertama kali dalam sejarah perdana menteri dan pengerusi BN hadir pada hari penamaan calon bagi menujukkan sokongan kuat dan padu kepada ketua menteri Sarawak dan juga BN Sarawak pada keseluruhannya.

“Saya dapat mengesahkan apa yang dizahirkan ketua menteri bahawa BN Sarawak berada dalam keadaan yang bersemangat tinggi dan semua persediaan dilakukan dengan begitu kemas dan saya yakin dan percaya Insyallah BN akan memperolehi kejayaan,” katanya. – Oleh: DG HENRY.

 244 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.