Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

172 benefesiari sawit Nabawan terima dividen awal April depan – LKTNS

0

NABAWAN (Sabah, Malaysia) – Dividen kepada seramai 172 benefesiari dan peserta Skim Nabawan yang diurustadbir oleh Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) mulai dibayar pada awal April depan, kata pengurus besarnya Syaheddrul R Joddari.

Gambar hiasan

Katanya, kiraan pembayaran dividen berdasarkan pendapatan dan keuntungan syarikat yang dinilai melalui pasaran semasa.

Syaheddrul memberitahu, pembayaran dividen itu merupakan tanggungjawab LKTNS yang diwujudkan bertujuan untuk membangunkan sosio ekonomi masyarakat luar bandar.

“Jadi berdasarkan perjanjian dengan penduduk kampung memang sepatutnya pembayaran dividen akan dibuat setiap tiga bulan iaitu empat kali setahun.

“Bagi tahun ini, pembayaran dividen akan dibuat selepas Mac atau minggu pertama April berdasarkan dengan pendapatan bergantung kepada harga minyak sawit, berapa jumlah dan produktiviti buah” katanya selepas merasmikan program Muhibah Bersama Peserta Skim Nabawan di sini.

Katanya, dividen yang akan diagihkan sekurang-kurangnya dapat membantu benefesiari dan peserta skim keluar daripada belengu kemiskinan.

Menurut Syaheddrul, program berkenaan dianjurkan bagi mendekatkan LKTNS dan menghargai perserta skim Nabawan dan turut diadakan penyampaian Perjanjian Peserta kepada Ketua Kelompok dan Masyarakat Skim Nabawan.

Untuk rekod terdapat 316 Peserta Skim Nabawan (Projek Kecil Berkelompok) dan 271 Benefesiari di Sumatalun (Projek Geran Komunal) di daerah ini.

Hadir sama pada program ialah Ketua Hal Ehwal Pekebun-Pekebun Kecil, Fauzie Haji Jamlee, Pengawal Operasi Ladang, Ab Rojhan Jalil, Ketua Perundangan, Alzreena Khamis, Pengurus Wilayah Barat Keningau, Jasni Mohd Yusoff, Penolong Pegawai Daerah Pembangunan Nabawan, Sosney Andabi dan Ketua Anak Negeri Nabawan, John Sigoh.

 1,171 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.