Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Penghantaran air di Mukim Sepulut diteruskan – DO

0
VIRUS MALITAM

NABAWAN (Sabah, Malaysia) — Penghantaran bantuan air di tujuh lokasi termasuk dua buah sekolah di Mukim Sepulut masih diteruskan walaupun hujan turun dua hari yang lalu, kata Pegawai Daerah Nabawan Virus Malitam.

Katanya,  lokasi-lokasi yang terbabit adalah Kampung Sinsingon, Salarom Taka, Sasandukon, Tumura, Nalasaran, SK. Simatuoh dan SK Labang.

Katanya, masalah kekurangan air di tujuh lokasi berkenaan berlaku apabila sumber air mereka yang bergantung dengan bekalan air paip graviti kering berikutan musim kemarau di kawasan itu hampir sebulan yang lalu.

“Berikutan itu, Jawatankuasa Bencana Alam Daerah telah bertindak melalui Jabatan Air Daerah yang diselaraskan oleh Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Nabawan telah menghantar bantuan air kepada penduduk di lokasi yang terlibat” katanya.

Virus memberitahu, Jawatankuasa Bencana Alam Daerah ini menggunakan khidmat jabatan dan agensi yang berkaitan untuk menggunakan lori masing-masing untuk menganggkut air.

Pada masa sama Virus yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Daerah meminta kampung-kampung yang menghadapi masalah bekalan air memaklumkan kepada pihaknya melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) masing-masing agar tindakan dapat dibuat.

 746 total views,  4 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.