Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Star terima keahlian seramai 1,135 di Nabawan

0

NABAWAN (Sabah, Malaysia) — Parti STAR Sabah mengorak langkah setapak di kawasan pedalaman apabila menerima keahlian seramai 1135 orang daripada 15 kampung di Nabawan.

Elron menerima borang keahlian daripada mantan Ketua Kampung (KK) Kampung Labang Sepulut Tipoh Sisiop 

Kemasukan beramai-ramai yang diketuai oleh mantan Ketua Daerah (KD) Nabawan Sayau Tangkap disaksikan bersama oleh Timbalan Presiden Star Datuk Elron Angin dengan Setiausaha Agung parti itu Guandee Kohoi.

Berucap mengalu-alukan kemasukan ahli-ahli baharu itu, Elron berkata perjuangan parti itu yang dipimpin oleh Datuk Jeffrey Kitingan konsisten dalam menuntut hak kemerdekaan Sabah berkaitan dengan MA63.

“Inilah asas perjuangan STAR pimpinan Datuk Dr Jeffrey Kitingan,” katanya.

Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook mengajak rakyat di negeri ini khususnya kawasan Pedalaman memberikan sokongan kepada perjuangan Jeffrey yang memperjuangkan hak-hak rakyat Negeri Sabah.

Mantan Ketua Kampung (KK) Kampung Lima Rawal Ambului menyerahkan borang kemasukan ahli kepada Elron

Majlis penyerahan borang keahlian  itu diadakan di rumah bekas Ketua Daerah Nabawan Sayau Tangkap di Kampung Lima Nabawan.

Antara yang menyerahkan borang keahlian STAR pada majlis itu bekas Wakil Ketua Anak Negeri Mukim Sepulut Bensen Majau diikuti oleh bekas-bekas Ketua Kampung di kawasan DUN Nabawan.

Pada masa sama Ellron menyeru agar rakyat menyokong Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membolehkan pelaksanaan MA63.

Menurut Ellron, inilah peluang kedua bagi rakyat khususnya Sabah dan Sarawak menuntut pelaksanaan MA63 selepas gagal dilaksanakan pada masa Perdana Menteri ketujuh Tun Dr. Mahathir Mohammed.

Ellron dalam ucapannya berkata, parti STAR Sabah berhak menuntut kawasan DUN Nabawan dan Parlimen Pensiangan untuk ditandingi pada PRU 15 nanti jika ahli-ahli parti di kawasan ini berjuang dengan ikhlas.

Dalam pada itu beliau meminta STAR Sabah Bahagian Nabawan melipat gandakan usaha bagi mencapai sasaran 6000 keahlian.

Hadir sama Ketua Bahagian STAR Sabah Tulid Charles Ikang dan Ketua Bahagian STAR Sabah Nabawan Aqmarudin Basir.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.