NABAWAN (Sabah, Malaysia) – Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 bagi penduduk yang tidak melalui bank akan menerima wang masing-masing di empat lokasi yang telah ditetapkan oleh Pejabat Daerah Nabawan.
Penolong Pegawai Daerah Nabawan Hasinin Kimsim dalam satu kenyataan memberitahu, lokasi-lokasi tersebut adalah, Dewan Serbaguna Nabawan bagi Mukim Sepulut, Pemuntarian dan Nabawan pada 22 Feb 2020 (Sabtu), Balairaya Ponontomon bagi Mukim Tatalaan pada 23 Feb 2020 (Ahad), Dewan Terbuka Salong bagi Mukim Pagalungan pada 24 Feb 2020 (Isnin) dan Balai Budaya Pekan Pensiangan bagi Mukim Pensiangan pada 25 Feb 2020 (Selasa).
Penulaian bermula pada jam 9.00 pagi bagi kesemua kaunter..
Hasinin berkata, jadual kaunter bergerak penunaian BSH di daerah itu turut disertai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Perbendaharaan Negeri Sabah (PMS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Rela.
Hasinin berkata, baucer tunai BSH boleh diperolehi di Pejabat Daerah Nabawan bagi penduduk yang layak menerima bantuan itu.
“Boleh menyemak nama-nama penerima di Pejabat Daerah,” katanya.