
KASIH kepada rakyatnya, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Arthur Joseph Kurup menyantuni penduduk di Nabawan yang terlibat dengan Perintah Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sini, pada Selasa.

Di situ Arthur menyampaikan bantuan bakul makanan kepada seramai 211 Ketua Isi Rumah (KIR) di Kg. Murni C, 80 bakul di Kg. Indah dan 36 bakul di Kg. Pulutan.
Nabawan termasuk dalam Parlimen P. 182 yang mana Arthur adalah wakil rakyatnya.
Arthur berkongsi nasihat kepada penduduk yang terlibat dengan PKPD agar memastikan SOP dipatuhi dalam usaha memutuskan rantaian pandemik COVID-19.
Bersama dengan Arthur ialah Pegawai Daerah Nabawan Peter Jonu Moinjil, Pegawai Bertugas Jabatan Kebajikan Daerah Andy Fatmal Mohamad Ikhsan serta pemimpin=pemimpin setempat.
Sebelah petang di Kg. Biah Tengah Sook, Arthur melawat situasi terkini Jambatan gantung merentangi Sungai Biah yang pembikinannya baharu sahaja selesai sebagai nadi penduduk sekitaran khususnya petani-petani di situ untuk memasarkan hasil tani mereka.
637 total views, 1 views today