PEGAWAI Pendidikan Daerah Tambunan Haison Jahudin berkata, sepanjang tempoh tiga tahun yang lalu beliau telah menyiapkan tugasan penting untuk menaikkan martabat pendidikan di daerah itu.
“PPD telah melakukan yang terbaik untuk daerah ini (Tambunan),” Katanya.
Tiga perkara yang disebut Haison ialah, fokus untuk upayakan kepimpinan sekolah melalui bimbingan berterusan yang diberikan oleh Pegawai Cemerlang School Improvement Partner (SIP Partners).
Membimbing guru-guru sekolah menengah melalui kesemua Pegawai Cemerlang School Improvement Specialist (SISC), dan memperbanyakkan Dialog Prestasi kepada kesemua sekolah menengah di daerah itu.
“Kita telah menyelesaikan tugasan ini dengan cukup cemerlang,” Tambahnya dan memberitahu, kejayaan itu adalah hasil kerjasama dan kerjabuat yang jitu diantara pelajar, guru, pengetua, ibubapa dan masyarakat setempat.
Haison merakamkan penghargaan kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan dan Pegawai Daerah Tambunan Jumain Abdul Gani yang sentiasa memberi sokongan kepada PPD Tambunan.
![]()